Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERANAK DIPERCAYAI MATI LEBIH SEMINGGU

DALAM NEGARA

DUA BERANAK DIPERCAYAI MATI LEBIH SEMINGGU

Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di George Town Isnin lepas, telah meninggal dunia lebih seminggu

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini Isnin lepas, telah meninggal dunia lebih seminggu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata ia berdasarkan laporan bedah siasat ke atas dua beranak itu semalam.

“Doktor juga tidak dapat memastikan punca kematian kerana keadaan mayat sudah reput,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun di pangsapuri itu, susulan aduan bau busuk daripada orang awam. 

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau luka ditemukan pada badan dua beranak itu, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading