Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI DIDAKWA BUNUH JURUJUAL WANITA 

DALAM NEGARA

DUA LELAKI DIDAKWA BUNUH JURUJUAL WANITA 

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemukan tidak berpakaian dengan keadaan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan pada akhir Oktober lepas.

Sumber: BERNAMA

PETALING JAYA: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang jurujual wanita yang mayatnya ditemukan tidak berpakaian dengan keadaan tangan terikat berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan pada akhir Oktober lepas.

Pegawai teknologi maklumat K.Kaarthiek, 26, dan pemandu lori A.Hariprasanth, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Saraswathy Chan Chee Keong, 24, di Jalan Orkid berhampiran Bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan antara 6.18 petang 24 Okt  2025 hingga 2.17 pagi pada 25 Okt 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun maksimum 40 tahun, dan sebatan tidak melebihi 12 kali jika tidak dihukum gantung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Leong Hui manakala peguam Sivahnanthan Ragava mewakili Kaarthiek, dan Hariprasanth diwakili peguam Kailash Sharma serta Datin Raj Preet Kaur.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 16 Jan ini untuk laporan kimia dan bedah siasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading