Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITEMUKAN MAUT ATAS SILING RUMAH AKIBAT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

DALAM NEGARA

LELAKI DITEMUKAN MAUT ATAS SILING RUMAH AKIBAT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah di Melaka, malam tadi.

MELAKA: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Shamser Mat Sharif berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat dilakukan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 kira-kira 9 malam tadi dan operasi dilakukan BBP Padang Temu melibatkan kekuatan lima anggota dan sebuah jentera.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kira-kira enam minit dan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dibawa turun menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa diberi rawatan awal sebaik dibawa turun namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Muhammad Shamser berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.03 malam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading