DUA RAKAN DIDENDA RM10,000 MENYAMAR ANGGOTA POLIS TRAFIK
Dua rakan masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja lelaki dengan meminta wang pada Sabtu lepas.
IPOH: Dua rakan masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja lelaki dengan meminta wang pada Sabtu lepas.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, dan penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu menyamar dan memperdaya remaja berusia 17, dan 15 tahun dengan cara meminta wang daripada mereka untuk tidak mengeluarkan saman atau tidak dibawa ke balai polis.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru dalam daerah Kinta pada 12.38 pagi 1 Nov lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, di mahkamah sama Wong turut dikenakan denda RM2,000 dan penjara lima bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas kesalahan memilki peralatan polis, iaitu satu topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertulis Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) dan boot JSPT bertulis PDRM pada waktu dan hari sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 89 Akta Polis Pindaan 2004 membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya S. Nishaalini memohon hukuman setimpal selepas mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh menjejaskan integriti PDRM selain terdapat bukti pindahan wang berjumlah RM400.
Peguam K. Nathan merayu hukuman ringan atas alasan itu kesalahan pertama anak guamnya dan kedua-dua mereka bekerja sebagai pembantu kedai makan dan juru elektrik dengan pendapatan RM1,500.
Mengikut fakta kes, tertuduh menahan pengadu dan menyamar sebagai anggota polis trafik dengan memakai pakaian menyerupai uniform polis seperti boot trafik, seluar hitam berjalur krim, dan topi berlogo PDRM.
Dalam kejadian itu tertuduh didapati telah menakut-nakutkan mangsa dengan ugutan akan mengeluarkan saman dan membawa ke balai polis kerana motosikal diubah suai selain meminta wang daripada pengadu bagi menyelesaikan perkara itu tanpa tindakan lanjut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests