TENTERA SUDAN, RSF SETUJU PELAN AWAL GENCATAN SENJATA KEMANUSIAAN – PENASIHAT AS
Penasihat kanan Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Arab dan Afrika Massad Boulos berkata usaha sedang dijalankan untuk mencapai gencatan senjata kemanusiaan di Sudan selepas tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) bersetuju secara prinsip terhadap pelan awal berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL: Penasihat kanan Amerika Syarikat (AS) bagi Hal Ehwal Arab dan Afrika Massad Boulos berkata usaha sedang dijalankan untuk mencapai gencatan senjata kemanusiaan di Sudan selepas tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) bersetuju secara prinsip terhadap pelan awal berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Kedua-dua pihak telah bersetuju secara prinsip dan setakat ini tiada bantahan awal daripada mana-mana pihak. Kami kini menumpukan kepada perincian pelaksanaannya,” kata Boulos pada Isnin dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal Sudan Tribune.
Beliau berkata inisiatif semasa itu, yang bertujuan mencapai persefahaman bersama bagi gencatan senjata menyeluruh serta fasa selepas gencatan di Sudan, adalah selaras dengan rangka kerja yang dipersetujui oleh Kumpulan Antarabangsa Kuad di Washington pada September lepas.
Pada 12 Sept, Kuad Antarabangsa yang dianggotai AS, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyeru supaya diadakan gencatan senjata kemanusiaan selama tiga bulan di Sudan bagi membolehkan bantuan kecemasan dihantar ke semua kawasan sebagai langkah ke arah gencatan senjata kekal.
Jawatankuasa yang diketuai AS itu turut mencadangkan pelancaran proses peralihan selama sembilan bulan selepas gencatan kemanusiaan awal untuk menubuhkan kerajaan bebas yang dipimpin oleh awam di Sudan.
Boulos menjelaskan tiada rundingan langsung atau tidak langsung sedang dijalankan antara RSF dan tentera Sudan, namun komunikasi berasingan yang dikendalikan oleh AS sedang mengurus proses berkenaan.
Beliau menyifatkan situasi kemanusiaan di El-Fasher, ibu kota Darfur Utara, sebagai “amat mendesak dan menyedihkan”, sambil menegaskan kecaman Washington terhadap kekejaman yang menyasarkan orang awam di bandar itu.
Pada 26 Okt, RSF menawan El-Fasher dan didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam, menurut organisasi tempatan dan antarabangsa, di tengah-tengah amaran bahawa serangan itu boleh mengukuhkan pembahagian wilayah Sudan.
Keutamaan kami kini ialah menangani krisis kemanusiaan dengan segera, kemudian mencapai keamanan berkekalan di Sudan serta memelihara perpaduannya,” kata Boulos.
Dalam kenyataan di platform X pada Selasa, beliau sekali lagi mengecam “jenayah kejam terhadap orang awam di El-Fasher” dan menyeru tindakan segera diambil untuk melindungi orang awam serta menamatkan keganasan di Sudan.
Kenyataan terbaharunya itu dibuat selepas pertemuan dengan Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit, dan mereka membincangkan perkembangan terkini dan cabaran mendesak di rantau itu.
Sejak 15 April 2023, tentera Sudan dan RSF terlibat dalam peperangan yang gagal ditamatkan oleh usaha pengantaraan serantau dan antarabangsa. Konflik itu telah meragut ribuan nyawa dan memaksa berjuta-juta penduduk berpindah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager