Connect with us

ALHIJRAH NEWS

HOUTHI MENGAKU SERANG LAPANGAN TERBANG RIYADH, FASILITI TENAGA ARAB SAUDI

DUNIA

HOUTHI MENGAKU SERANG LAPANGAN TERBANG RIYADH, FASILITI TENAGA ARAB SAUDI

Kumpulan Houthi dari Yaman pada Ahad mendakwa mereka telah melancarkan beberapa serangan menyasarkan lapangan terbang Riyadh serta fasiliti tenaga Arab Saudi, sehari selepas satu serangan maut berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Sumber: AFP

SANAA: Kumpulan Houthi dari Yaman pada Ahad mendakwa mereka telah melancarkan beberapa serangan menyasarkan lapangan terbang Riyadh serta fasiliti tenaga Arab Saudi, sehari selepas satu serangan maut berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, kumpulan yang disokong Iran itu “telah melancarkan empat operasi strategik dalam tempoh 24 jam yang lalu menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu krus dan dron”.

Menurut Saree, selain menyasarkan lapangan terbang Riyadh beberapa kali, mereka turut menyerang lapangan terbang Dammam serta dua fasiliti milik syarikat minyak negara Arab Saudi, Aramco. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading