Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MCMC AMBIL TINDAKAN SUSULAN SUSULAN PENYEBARAN IMEJ HINA AGONG

DALAM NEGARA

MCMC AMBIL TINDAKAN SUSULAN SUSULAN PENYEBARAN IMEJ HINA AGONG

MCMC mengambil tindakan segera selepas imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim disunting dengan unsur penghinaan dan disebarkan di Threads. Kandungan itu telah diturunkan, akaun terlibat disekat dan siasatan sedang dijalankan.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera susulan penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang disunting dengan unsur penghinaan di platform media sosial Threads.

MCMC menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menghubungi Meta selaku penyedia platform berkenaan bagi menangani penyebaran kandungan tersebut.

“Susulan itu, kandungan berkenaan telah diturunkan, manakala akaun terlibat turut disekat daripada diakses.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan pihak penyedia platform bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MCMC sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu atau pihak yang bertanggungjawab menghasilkan serta menyebarkan kandungan terbabit.

“Tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi mengelakkan penyebarannya terus meluas.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi fungsi pelaporan di Threads, Portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading