80 MURID TIDAK DIDAFTARKAN UPKK 2025, SEKOLAH AGAMA BEROPERASI TANPA KEBENARAN – JAKIM
80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari di Saujana Putra, Puchong tidak didaftarkan untuk menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025, selain sekolah berkenaan beroperasi tanpa pendaftaran dan kebenaran sah.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari di Saujana Putra, Puchong tidak didaftarkan untuk menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025, selain sekolah berkenaan beroperasi tanpa pendaftaran dan kebenaran sah.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata perkara itu disahkan selepas pihaknya melakukan semakan silang dan perbincangan bersama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selaku agensi pelaksana KAFA di negeri itu.
Beliau berkata murid terbabit tidak didaftarkan sebagai calon UPKK Tahun 2025 melalui sistem rasmi pendaftaran calon, iaitu Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI), walaupun sekolah telah menghantar surat rayuan pada 15 Okt.
“Sekolah tersebut tidak memenuhi kriteria pendaftaran sekolah agama Islam swasta di Negeri Selangor sebagaimana diperuntukkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor 1988,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin berkata JAKIM mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah pada Isnin lepas bagi memperjelaskan keadaan.
Beliau berkata pihak sekolah dimaklumkan bahawa peperiksaan UPKK dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard peperiksaan peringkat kebangsaan yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1942, bagi memastikan kerahsiaan dan integriti peperiksaan.
Selain itu, JAKIM turut menjelaskan bahawa murid terlibat tidak dapat menduduki UPKK Tahun 2025 kerana semua calon telah didaftarkan dan diberikan nombor giliran melalui SIMPENI sebelum pelaksanaan ujian lisan di samping Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) serta ujian lisan al-Quran (UPKK01) telah dilaksanakan.
“Ujian bertulis UPKK dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 20 Nov 2025 dan semua kertas peperiksaan telah diedarkan ke seluruh negeri berdasarkan bilangan calon serta pusat peperiksaan yang berdaftar,” katanya.
Sirajuddin berkata pihak sekolah turut diberitahu bahawa perakuan pendaftaran hanya boleh diberikan sekiranya mendapat sokongan agensi berkaitan seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Pengurusan Am (Pendaftaran dan Penubuhan) serta Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Beliau berkata JAKIM dan JAIS turut menasihati agar murid yang terlibat dipindahkan ke sekolah yang berdaftar di bawah pihak berkuasa agama negeri dan didaftarkan sebagai calon menumpang bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPKK.
Sirajuddin berkata pihak sekolah diminta meneliti semula semua keperluan dan tatacara pendaftaran bagi mengelakkan perkara seumpama ini berulang. JAKIM bersedia memberikan panduan dan khidmat nasihat.
Beliau turut menyeru ibu bapa agar lebih peka dan proaktif dalam memastikan sekolah tempat anak-anak menimba ilmu berdaftar secara rasmi dengan pihak berautoriti agama negeri.
“Pendaftaran rasmi bukan sahaja memastikan kelancaran urusan peperiksaan, tetapi turut menjamin kualiti pendidikan, kebajikan murid, serta pengiktirafan sah terhadap sijil dan keputusan peperiksaan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.