ISU SELESAI, SEMUA 80 MURID SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AFSARI DIBENAR DUDUKI UPKK 2025
KUALA LUMPUR: Isu pendaftaran 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari, Saujana Putra, Puchong bagi menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025 kini selesai, dengan kesemua murid dibenarkan menduduki peperiksaan seperti calon lain di seluruh negara.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar. — Bernama
KUALA LUMPUR: Isu pendaftaran 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari, Saujana Putra, Puchong bagi menduduki Ujian Penilaian al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025 kini selesai, dengan kesemua murid dibenarkan menduduki peperiksaan seperti calon lain di seluruh negara.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Exco Agama Islam serta Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah.
Menurut kenyataan itu, penyelesaian dicapai selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan beberapa sesi semakan serta perbincangan bersama pihak sekolah bagi memastikan penyelesaian menyeluruh tanpa menjejaskan hak pelajar.
“Hasil perbincangan bersama, JAIS telah bersetuju memberikan kebenaran khas kepada kesemua 80 murid terbabit untuk menduduki UPKK Tahun 2025, dengan beberapa penyelarasan iaitu JAIS akan mendaftarkan kesemua murid untuk tujuan Sistem Pendaftaran Calon UPKK.
“Semua murid akan mengambil peperiksaan di pusat peperiksaan yang berdaftar (sekolah tumpang) dan peperiksaan lisan untuk tiga mata pelajaran yang telah selesai akan diaturkan selepas peperiksaan bertulis,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan bersama Mohd Na’im dan Mohammad Fahmi itu turut memaklumkan bahawa JAKIM dan JAIS akan terus memantau pelaksanaan peperiksaan berkenaan agar berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Penyelesaian itu dicapai hasil arahan Mohd Na’im agar JAKIM dan JAIS bekerjasama dengan mengambil kira kepentingan pelajar, ibu bapa serta masa depan pendidikan Islam mereka.
Dalam masa yang sama, pihak sekolah telah memberikan komitmen untuk melengkapkan proses pendaftaran rasmi mengikut Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Selangor 1988, dengan bimbingan JAIS.
“Kerajaan menghargai kesabaran dan kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah sepanjang proses ini berlangsung,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa mana-mana sekolah atau institusi pendidikan Islam yang beroperasi tanpa pendaftaran rasmi dengan pihak berkuasa agama negeri akan dikenakan tindakan tegas.
Kerajaan juga tidak akan berkompromi terhadap aspek pematuhan peraturan dan keselamatan murid kerana ia melibatkan kredibiliti sistem pendidikan Islam serta integriti sebagai umat Islam.
“Diharapkan semua pihak menjadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk memperkukuh kepatuhan terhadap garis panduan pendaftaran institusi pendidikan Islam pada masa hadapan.
“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor kekal komited memperkukuh ekosistem pendidikan Islam negara melalui pendekatan ‘Pendidikan Islam MADANI’, berteraskan prinsip ilmu, adab dan tadbir urus berintegriti demi manfaat generasi akan datang,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, JAKIM mengesahkan 80 murid Sekolah Rendah Islam al-Afsari tidak didaftarkan untuk menduduki UPKK Tahun 2025 dan sekolah berkenaan dilaporkan beroperasi tanpa pendaftaran serta kebenaran sah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked