Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEMALANGAN RAGUT NYAWA PELAJAR, PEMANDU WARGA PAKISTAN DIREMAN

DALAM NEGARA

KEMALANGAN RAGUT NYAWA PELAJAR, PEMANDU WARGA PAKISTAN DIREMAN

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa tidak sempat membrek atau mengelak kerana jarak terlalu dekat sebelum motosikalnya melanggar bahagian pintu hadapan kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki warga Pakistan berusia 27 tahun direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan seorang pelajar di Jalan Darul Aman Lagenda, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata lelaki yang bekerja sebagai jurujual karpet dan langsir itu memandu sebuah Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan dengan motosikal ditunggang remaja lelaki berusia 15 tahun kira-kira 6 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Afiq Izzat Mohd Rosidi, menunggang motosikal dari arah Jalan Mawar menghala ke Jalan Darul Aman Lagenda.

“Setibanya di lokasi kejadian, ketika mangsa bergerak lurus di lorong tengah, pemandu berkenaan yang datang dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba sehingga memasuki laluan motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata mangsa tidak sempat membrek atau mengelak kerana jarak terlalu dekat sebelum motosikalnya melanggar bahagian pintu hadapan kiri kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading