Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MUFTI BANGLADESH MAUT DALAM SERANGAN LAPANGAN TERBANG RIYADH

DUNIA

MUFTI BANGLADESH MAUT DALAM SERANGAN LAPANGAN TERBANG RIYADH

Mufti dari Bangladesh, Sheikh Nasrullah Al-Badr dilaporkan meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan yang dialami dalam serangan peluru berpandu Houthi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di sini, pada Sabtu.

RIYADH: Mufti dari Bangladesh, Sheikh Nasrullah Al-Badr dilaporkan meninggal dunia pada Ahad akibat kecederaan yang dialami dalam serangan peluru berpandu Houthi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di sini, pada Sabtu.

Menurut laporan media, mangsa yang berusia 35 tahun sedang memakai kain ihram dan dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah ketika serangan itu berlaku.

Serangan berdarah tersebut telah mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan 309 yang lain, dengan beberapa mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Al-Badr yang berasal dari upazila Nangalkot di daerah Cumilla, berkhidmat sebagai setiausaha pendidikan di Madrasah Jamia Arabia Rabiul Ulum di Kamrangirchar, Dhaka. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Seorang lagi rakyat Bangladesh yang terkorban dalam insiden itu ialah Md Shahed Ahmed, yang berasal dari kampung Madla di upazila Shahjahanpur, daerah Bogura.

Difahamkan, Al-Badr merupakan sebahagian daripada 45 orang kumpulan ilmuwan dan guru dari Bangladesh yang bertolak ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah.

Daripada kumpulan tersebut, 32 individu dilaporkan terselamat tanpa kecederaan, manakala seorang mangsa kehilangan kedua-dua belah kaki dan beberapa yang lain mengalami kecederaan.

Kementerian Kebajikan Ekspatriat Bangladesh memaklumkan bahawa tiga warganegaranya yang cedera kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital King Abdullah.

Selain rakyat Bangladesh, mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan turut melibatkan empat warga Arab Saudi, serta rakyat Palestin, Amerika Syarikat, Mesir, Jordan, Syria, India, dan Sudan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading