Connect with us

ALHIJRAH NEWS

VIDEO TULAR RITUAL KEAGAMAAN: SIASATAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

VIDEO TULAR RITUAL KEAGAMAAN: SIASATAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA AGAMA – ZULKIFLI

Siasatan berhubung isu seorang individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam diserahkan kepada pihak berkuasa agama, termasuk pihak berkuasa agama negeri untuk tindakan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan.

Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Siasatan berhubung isu seorang individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam diserahkan kepada pihak berkuasa agama, termasuk pihak berkuasa agama negeri untuk tindakan lanjut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan.

Beliau berkata pihak berkenaan akan memaklumkan perkembangan siasatan setelah mendapatkan maklumat lengkap berhubung perkara itu.

“Sekarang ini, kami menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa agama dan insya-Allah pihak berkuasa ini akan memaklumkan perkembangan (siasatan) itu,” katanya selepas menghadiri Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Majlis anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Zulkifli, sebelum disusuli syarahan muqaddimah kitab tafsir surah Yusuf karya Imam al-Ghazali oleh ulama serta sarjana Islam dari Turkiye Syeikh Prof Dr Muhammad Fadhil al-Jilani al-Hasani.

Zulkifli berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut meneruskan usaha pemantauan serta meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu berkenaan.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya telah menyelaras tindakan sewajarnya membabitkan pihak berkuasa agama Islam negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengikut bidang kuasa dan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading