Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SERANGAN SIBER: TH SEDIA SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN DENGAN BANK RAKAN STRATEGIK 

DALAM NEGARA

SERANGAN SIBER: TH SEDIA SAMBUNG SEMULA PERKHIDMATAN DENGAN BANK RAKAN STRATEGIK 

Tabung Haji mengesahkan sistemnya sudah bersedia untuk menyambung semula perkhidmatan melalui bank rakan strategik, namun pengaktifannya masih menunggu pengesahan akhir pihak bank.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) bersedia sepenuhnya untuk menyambung semula perkhidmatan melalui bank rakan strategiknya, namun masih menunggu pengesahan akhir daripada pihak bank terlibat.

Dalam kenyataan hari ini, TH memaklumkan kesediaan sistemnya telah dimaklumkan kepada bank rakan strategik, selain bekerjasama dengan pakar teknologi maklumat (IT) bagi memperkukuh kawalan keselamatan.

“Walau bagaimanapun, pengaktifan semula perkhidmatan melalui Bank Rakan Strategik masih menunggu pengesahan akhir daripada pihak Bank Rakan Strategik sebelum dapat dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, TH memaklumkan masih terdapat bank rakan strategik yang meminta penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan meskipun penjelasan telah diberikan sebelum ini.

“TH bersedia untuk memberi penjelasan penuh dan berpandangan perkara ini tidak harus dipanjangkan demi kepentingan pendeposit,” tegasnya institusi pengurusan haji berkenaan.

Terdahulu, TH menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatannya di semua saluran pada 8 Oktober susulan serangan siber sebagai langkah melindungi simpanan serta maklumat peribadi pendeposit.

Bagaimanapun, sistem dan perkhidmatan utama TH kembali beroperasi sejak 11 Oktober selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem selesai dijalankan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top