Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT BERBALUT KAIN DITEMUKAN DALAM LONGKANG PASAR

DALAM NEGARA

MAYAT BERBALUT KAIN DITEMUKAN DALAM LONGKANG PASAR

Pengunjung Pasar Awam Sama Gagah gempar selepas mayat seorang lelaki berbalut kain ditemukan di dalam longkang kawasan pasar itu pagi tadi.

BUKIT MERTAJAM: Pengunjung Pasar Awam Sama Gagah, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki berbalut kain di dalam longkang kawasan pasar itu, pagi tadi.

Mayat dalam keadaan terbaring itu ditemukan kira-kira jam 7 pagi sebelum orang awam menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan penemuan mayat berkenaan tular di media sosial. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading