Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA WANITA KASARI BAYI DI TASKA DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

DUA WANITA KASARI BAYI DI TASKA DITAHAN POLIS

BALIK PULAU: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian mengasari bayi di sebuah taska, di Bayan Baru di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua mereka yang berusia lingkungan 20-an ditahan selepas polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN – DUA PEKERJA TASKA KASARI BAYI DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS

“Kejadian itu tular di Facebook baru-baru ini namun siasatan mendapati kes berlaku pada 24 November lalu kira-kira jam 6.45 petang.

“Kedua-dua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Video tular yang dimuat naik oleh ibu mangsa memaparkan seorang individu membaling sebuah objek dipercayai bungkusan mampat terhadap seorang bayi yang sedang merangkak.

Selain itu video tersebut turut memaparkan seorang lagi budak lelaki ditarik rambutnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: DUA PEKERJA TASKA KASARI BAYI DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading