DUA PEKERJA TASKA KASARI BAYI DIBEBAS DENGAN JAMINAN POLIS

BAYAN LEPAS: Dua wanita yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian membaling sebuah objek dipercayai bungkusan mampat kepada bayi di sebuah taska di Bayan Baru, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – DUA WANITA KASARI BAYI DI TASKA DITAHAN POLIS

Menurut sumber, kedua-dua wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an juga merupakan pekerja taska itu dibebaskan selepas pihak polis selesai merakamkan keterangan mereka.

Semalam, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt. Kamarul Rizal Jenal berkata, kedua-dua suspek telah ditahan selepas polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu pada Rabu.

“Kejadian itu tular di Facebook baru-baru ini namun siasatan mendapati kes berlaku pada 24 November lalu kira-kira jam 6.45 petang.

“Kedua-dua wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply