MRSM PENDANG DITUTUP TIGA HARI, TIGA GURU POSITIF COVID-19

PENDANG: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang ditutup selama tiga hari selepas tiga guru disahkan positif COVID-19.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata, ketiga-tiga guru terbabit diarahkan menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO).

Beliau berkata, dua daripada guru terbabit tinggal di taman perumahan di luar sekolah manakala seorang lagi tinggal di Kuarters MRSM.

Katanya, seramai 30 orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat dan mereka turut menjalani HSO.

Bagaimanapun, pelajar tidak pulang ke rumah masing-masing dan akan tetap berada di asrama.

Jelas beliau, MRSM berkenaan dinasihat tutup sementara selama tiga hari bermula hari ini bagi proses sanitasi selain untuk tujuan siasatan lanjut.

Dr Othman memaklumkan, kes positif membabitkan guru berkenaan dikesan antara 26 November lalu hingga hari ini.

Jelas beliau, guru yang disahkan positif itu sudah menerima vaksinasi lengkap dan keadaan mereka juga tidak serius.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan, setakat ini tiada pelajar positif virus itu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kontak rapat serta punca penularan. –AlHijrah Online

Leave a Reply