DUN PULAU PINANG TIDAK AKAN DIBUBARKAN SEHINGGA TAHUN DEPAN
PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak akan dibubarkan sehingga tahun depan.
PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tidak akan dibubarkan sehingga tahun depan.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata pendirian asal PH untuk tidak membubarkan DUN Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pada tahun ini harus dikekalkan bagi mengelak keadaan yang akan menggambarkan PH tidak bersatu.
Katanya DUN Pulau Pinang hanya akan dibubarkan pada tarikh yang lebih kondusif iaitu selepas tempoh monsun, dan ia satu keputusan yang sukar dan mengecewakan kepimpinan DAP Pulau Pinang yang mahu membubarkan DUN negeri itu serentak dengan pembubaran Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Saya perlu mengecewakan rakan sendiri (DAP) di Pulau Pinang kerana saya tahu kalau kita membuat keputusan supaya DUN Pulau Pinang dibubarkan tetapi DUN Negeri Sembilan dan Selangor tidak dibubarkan, itu akan diterjemahkan sebagai ‘breaking of ranks’ yang akan menjadi senjata dan peluru bagi menggambarkan PH seolah-olah tidak bersatu dan membuat keputusan secara kolektif,” katanya .
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi PH dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu.
“Saya perlu membuat keputusan ini sebab perpaduan dan keutuhan PH untuk menghadapi PRU teramat penting” katanya.
Loke berkata mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) telah diadakan dua kali untuk membincangkan permintaan kepimpinan DAP Pulau Pinang berkenaan hasrat membubarkan DUN Pulau Pinang setelah mendengar hasrat pengundi di negeri itu untuk tidak mengundi dua kali.
“Namun pimpinan tertinggi PH telah membuat keputusan mengekalkan pendirian untuk menangguhkan pembubaran DUN di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor. Dalam satu pakatan, walaupun tidak ada satu pandangan yang sama tetapi akhirnya perlu ada keputusan bersama,” katanya.
Sehingga kini, hanya Pahang dan Perlis yang ditadbir Barisan Nasional (BN) telah membubarkan DUN masing-masing, manakala PAS yang mentadbir Kelantan, Terengganu dan Kedah, juga mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri berkenaan.
Sementara itu, Anwar berkata PH akan memutuskan bersama soal logo dan pembahagian kerusi sewaktu Konvensyen PH pada 20 Okt ini di Ipoh. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked