PESERTA PERLUMBAAN DRAG MAUT KEMALANGAN

Gambar kenderaan dinaiki mangsa. – Sumber: Facebook

KUALA TERENGGANU: Pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan ketika menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak hari ini.

Dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, mangsa yang berasal dari Ipoh, Perak meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas kereta lumba yang dipandunya merempuh pokok di tepi litar.

Susulan kemalangan, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan dilapor meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

Akibat insiden, penganjur telah menangguhkan pertandingan. – AlHijrah Online

Leave a Reply