Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MOF NAFI DAKWAAN CAJ PERKHIDMATAN QR BERMULA 1 NOVEMBER

DALAM NEGARA

MOF NAFI DAKWAAN CAJ PERKHIDMATAN QR BERMULA 1 NOVEMBER

Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan caj perkhidmatan QR akan dikenakan mulai 1 November 2026 dan mengesahkan maklumat yang tular itu adalah palsu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan bahawa caj perkhidmatan bagi penggunaan kod respons pantas (QR) akan mula dikenakan pada 1 November 2026.

MOF menerusi satu kenyataan menegaskan, maklumat yang tular melalui poster berhubung pelaksanaan caj berkenaan adalah palsu dan tidak benar.

Menurut kementerian itu, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenai pengenaan caj perkhidmatan QR seperti yang didakwa dalam poster tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

MOF turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa merujuk saluran komunikasi rasminya bagi mendapatkan maklumat yang sahih sebelum berkongsi sebarang berita bagi membendung penyebaran maklumat palsu yang boleh mengelirukan masyarakat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading