Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELEWSMART UNTUK SEMUA, KAYA ATAU KURANG BERKEMAMPUAN – EBIT LEW

DALAM NEGARA

ELEWSMART UNTUK SEMUA, KAYA ATAU KURANG BERKEMAMPUAN – EBIT LEW

KUALA LUMPUR: Pemilik Elewsmart, Ebit Lew memaklumkan pasar raya miliknya itu dibuka kepada semua pihak tidak kira golongan kaya mahupun yang kurang berkemampuan.

Ebit Lew berkata, ramai salah faham dan menganggap Elewsmart hanya dibuka untuk mereka yang kurang berkemampuan.

“Kedai maam biasa terbuka untuk semua. Orang ramai salah faham ingat kedai untuk orang susah.

“Saya fikir selalu sesiapa pun kalau bos mintak sebut harga dia hendak yang murah memang sifat manusia macam itu. Kita tak boleh nak suruh orang sederhana orang susah pilih barang lebih mahal tak logik sebenarnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat hari pembukaan Elewsmart cawangan Kajang.

Elewsmart Kajang merupakan cawangan kedua yang dibuka selepas pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi semalam.

Seperti pembukaan cawangan pertama semalam, sambutan orang ramai pada hari ini sama meriah dengan pembeli sanggup beratur panjang dan datang seawal 6.30 pagi untuk melakukan pembelian. 

Ebit Lew memaklumkan dia mensasarkan pembukaan 100 cawangan Elewsmart dengan 20 daripadanya akan dibuka pada bulan ini dan Ogos— AlHijrah Online / Zaim Zamani / Hanisa Hasanuddin.  


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading