Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM BUAH KILANG PERABOT TERBAKAR

DALAM NEGARA

ENAM BUAH KILANG PERABOT TERBAKAR

Pemadaman sedang dijalankan oleh pihak bomba dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SHAH ALAM: Sebanyak enam buah kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 4.48 petang sebelum mengerahkan anggota dan jenteranya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan enam premis di kilang pembuatan perabot.

“Pemadaman sedang dijalankan oleh pihak bomba dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading