Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UiTM UNIVERSITI PERTAMA ANUGERAHKAN SATU JUTA SKROL

DALAM NEGARA

UiTM UNIVERSITI PERTAMA ANUGERAHKAN SATU JUTA SKROL

Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melakar sejarah selepas menjadi universiti pertama yang menganugerahkan satu juta skrol kepada graduan.

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melakar sejarah selepas menjadi universiti pertama yang menganugerahkan satu juta skrol kepada graduan.

UiTM dalam kenyataan berkata, pencapaian tersebut diperakui Malaysia Book of Records selepas penerima skrol ke sejuta, Nur Liyana Athirah Izani dari Fakulti Sains Gunaan menerima skrol tersebut dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97.

Skrol tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

“Pada konvokesyen kali ini, UiTM berbangga meraikan penganugerahan skrol yang ke sejuta pada sidang ke-22.

“Ini menjadikan jumlah skrol yang dikeluarkan oleh UiTM sehingga berakhirnya istiadat konvokesyen kali ini adalah sebanyak 1,003,241 skrol.

“Suatu angka yang boleh dibanggakan kerana ia mencerminkan bahawa UiTM telah menggerakkan misinya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak,” katanya hari ini.

Sebagi rekod, Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97 kali ini berlangsung dari 5 Ogos hingga 15 September 2023.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading