Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DISKAUN 30 PERATUS TIKET EKONOMI ECRL BERSEMPENA DENGAN PEMBUKAAN – LOKE

DALAM NEGARA

DISKAUN 30 PERATUS TIKET EKONOMI ECRL BERSEMPENA DENGAN PEMBUKAAN – LOKE

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selama sebulan bersempena dengan pembukaan perkhidmatan itu pada 12 Dis ini.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket kelas ekonomi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selama sebulan bersempena dengan pembukaan perkhidmatan itu pada 12 Dis ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tawaran berkenaan adalah untuk orang ramai yang tidak menikmati tambang konsesi dan bukan potongan tambahan kepada tiket konsesi sedia ada.

“Operasi ECRL disasarkan bermula pada 12 Dis ini, manakala penjualan tiket akan dibuka tidak lama lagi. Tetapi untuk orang ramai, ini hanya untuk diskaun bersempena dengan pembukaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Beliau berkata penetapan tambang ECRL mengambil kira kemampuan pengguna serta kemampanan operasi syarikat.

Sementara itu, Loke berkata operasi kargo ECRL bagi jajaran Gombak-Kota Bharu akan bermula serentak dengan perkhidmatan penumpang yang disasarkan pertengahan Disember ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perkhidmatan kargo itu belum dapat dihubungkan ke Pelabuhan Klang kerana pembinaan jajaran Gombak-Pelabuhan Klang masih berjalan dan dijangka mengambil masa kira-kira setahun lagi untuk disiapkan.

Loke berkata MRL akan meneliti kadar caj pengangkutan kargo berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kadar tambang untuk Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dijangka diumumkan secara bersama menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sebelum perkhidmatan berkenaan mula beroperasi, yang dijangka pada Februari tahun depan.

Beliau berkata orang ramai akan diberikan masa yang mencukupi untuk membiasakan diri dengan kadar tambang itu sebelum perkhidmatan berkenaan memulakan operasi. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading