Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JAKIM SIASAT SYARIKAT PROSES AYAM TANPA SIJIL HALAL

DALAM NEGARA

JAKIM SIASAT SYARIKAT PROSES AYAM TANPA SIJIL HALAL

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu ayam yang tular membabitkan sebuah syarikat yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu ayam yang tular membabitkan sebuah syarikat yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, siasatan itu dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi meneliti isu berkenaan.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan berkaitan syarikat bukan pemegang SPHM terkait isu ayam yang sedang tular,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Tular hantaran di media sosial berhubung gambar dan video tempat pemprosesan ayam yang didakwa tidak melalui proses penyembelihan secara syarak, di ibu negara, baru-baru ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading