Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA BOMBA MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA PULANG BERTUGAS

DALAM NEGARA

ANGGOTA BOMBA MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA PULANG BERTUGAS

Seorang anggota bomba maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motor yang ditungganginya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah, Alor Gajah, pagi tadi.

ALOR GAJAH: Seorang anggota bomba maut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motor yang ditungganginya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Muhammad Hafize Muhamad Sabri, 25, cedera di kepala dan anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta jenis Nissan Grand Livina dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Melaka menghala ke Masjid Tanah, manakala mangsa yang membawa motor jenis Yamaha Y15ZR pula dari arah Masjid Tanah menuju ke Melaka.

“Kemalangan dipercayai berpunca selepas pemandu itu hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Pulau Gadong, selepas tamat tugas di Balai Bomba Masjid Tanah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata anggota bomba terbabit yang sudah bertunang dijangka berkahwin tahun depan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading