Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JENAZAH PEMANDU E-HAILING, SHARIPUDIN SELAMAT DIKEBUMIKAN

DALAM NEGARA

JENAZAH PEMANDU E-HAILING, SHARIPUDIN SELAMAT DIKEBUMIKAN

Jenazah pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipudin Shaari, 51, antara mangsa dalam nahas pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Salak Tinggi, kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Sumber Gambar: BERNAMA

SEPANG: Jenazah pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipudin Shaari, 51, antara mangsa dalam nahas pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Salak Tinggi, kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Terdahulu, kesemua jenazah mangsa nahas telah dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan melaksanakan solat jenazah sebelum dibawa pulang ke lokasi pengebumian masing-masing.

Jenazah Allahyarham Sharipudin tiba di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) kira-kira jam 12.17 tengah hari tadi untuk disolatkan sekali lagi.

Kesemua sembilan jenazah nahas pesawat Beechcraft Model 390 diserahkan kepada waris dan ahli keluarga bermula pukul 9 pagi hari ini.

Semalam jenazah penunggang p-hailing, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerung, Sungai Petani Kedah.–AlHijrah Online

MENYUSUL LANJUT


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading