ENAM RANGKA MANUSIA DITEMUKAN DI RUMAH TERBIAR DI KEBUN KELAPA SAWIT
Enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga yang dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga bulan ditemukan di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai bulan lepas.
JOHOR BAHRU: Enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga yang dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga bulan ditemukan di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai bulan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata berkata suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Jan lepas, setelah menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.
“Pengadu berusia 48 tahun ini pernah mendapat maklumat bahawa isteri dan anaknya pernah duduk di rumah tersebut yang terletak jauh dari jalan besar, tanpa bekalan elektrik dan air, sebelum dia bertindak mencari sendiri ahli keluarganya itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Susulan penemuan itu, beliau berkata pasukan patologi forensik dari Hospital Sultanah Aminah dan forensik PDRM Johor menjalankan pemeriksaan dan bedah siasat ke atas rangka yang telah dijumpai di rumah yang terletak berhampiran sebuah kuil terbiar itu.
Katanya siasatan mendapati enam mangsa itu terdiri seorang wanita dewasa berusia 35 tahun, seorang remaja perempuan 19 tahun, dua kanak-kanak perempuan sembilan dan lima tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun.
Beliau berkata polis masih menyiasat tempoh masa kesemua mangsa ini dilaporkan hilang.
“Susulan siasatan dan risikan lanjut, polis menahan empat suspek warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 dan 35 tahun di sekitar Iskandar Puteri pada 21 Jan lepas bagi membantu siasatan.
“Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah,” katanya.
Ditanya motif pembunuhan, beliau berkata perkara itu akan diketahui melalui proses perbicaraan di mahkamah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Ab Rahaman berkata siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor dengan dua suspek lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok atas kesalahan membunuh, manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis untuk dijadikan saksi pendakwaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked