ANGGOTA PBT WILAYAH PERSEKUTUAN GUNA KAMERA BADAN MULAI SUKU KEEMPAT TAHUN INI – HANNAH
Anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bakal menggunakan kamera badan semasa menjalankan operasi bermula suku keempat tahun ini.
PUTRAJAYA: Anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bakal menggunakan kamera badan semasa menjalankan operasi bermula suku keempat tahun ini.
Langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah memperkukuh integriti dan meningkatkan ketelusan dalam tindakan penguatkuasaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata inisiatif itu antara empat langkah utama yang dikenal pasti menerusi kerjasama strategik bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan sistem pentadbiran jabatan itu sentiasa tertakluk kepada semakan, pemantauan serta penambahbaikan berterusan.
“Selalu banyak aduan adalah mengenai tabiat rasuah semasa penguat kuasa turun ke lapangan,” katanya selepas majlis penandatanganan nota kerjasama antara JWP dan SPRM, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, Ketua Pengarah JWP Datuk Seri Noridah Abdul Karim, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud dan Presiden Perbadanan Putrajaya Mohd Sakeri Abdul Kadir.
Hannah berkata kerjasama itu melibatkan semua enam agensi di bawah JWP, dengan skop merangkumi perkongsian maklumat dan kepakaran dalam pengesanan serta pengesahan aduan atau salah laku, selain penyaluran maklumat konsisten berkaitan jenayah rasuah.
Beliau berkata pusingan kerja akan dilaksanakan dengan lebih kerap, khususnya melibatkan unit khas dan sensitif bagi mengelakkan isu keakraban pegawai dengan pihak berkepentingan.
Selain itu, tatacara pengurusan perolehan juga akan ditambah baik melalui pelaksanaan proses sebut harga dan tender sepenuhnya dalam talian.
Hannah berkata penilaian semula penarafan risiko Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan turut akan dilaksanakan supaya pegawai SPRM boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di unit integriti pejabat tanah berkenaan.
“Kita buka pintu kepada SPRM untuk masuk bersama dan memberikan saranan,” katanya.
Nota kerjasama yang dimeterai JWP dan SPRM meliputi perkongsian maklumat, kepakaran dalam pengesanan serta pengesahan aduan atau salah laku, di samping penyaluran maklumat konsisten berkaitan jenayah rasuah.
Selain itu, nota kerjasama berkenaan merangkumi khidmat nasihat bagi menambah baik sistem serta tatacara kerja serta perkongsian strategik bagi pelaksanaan latihan peningkatan kemahiran dan kompetensi pencegahan jenayah rasuah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests