Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FFC x TMTG: TURKIYE RANCANG BAWA KELUAR HAMPIR KESEMUA AKTIVIS DARI NEGARA HARAM ISRAEL

DALAM NEGARA

FFC x TMTG: TURKIYE RANCANG BAWA KELUAR HAMPIR KESEMUA AKTIVIS DARI NEGARA HARAM ISRAEL

Turkiye merancang untuk memindahkan kira-kira 80 aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) dari negara lain yang ditahan Israel melalui satu penerbangan khas petang ini.

KUALA LUMPUR: Turkiye merancang untuk memindahkan kira-kira 80 aktivis Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) dari negara lain yang ditahan Israel melalui satu penerbangan khas petang ini.

Menurut Jurucakap Kementerian Luar Türkiye, Oncu Keceli, 18 warga Turkiye yang turut ditahan dalam misi sama turut dijangka pulang ke tanah air menerusi penerbangan tersebut.

Katanya urusan penghantaran pulang sedang diselaraskan dengan pihak berkuasa berkenaan bagi memastikan mereka tiba dengan selamat.

“Tiga ahli parlimen Turkiye yang turut ditahan Israel telah selamat dibawa pulang ke Turkiye pada petang tadi (9 Oktober).

“Dijangkakan 18 lagi rakyat kita akan tiba di Turkiye petang esok (Jumaat 10 Okt) dengan penerbangan khas,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Misi kemanusiaan FFC dan TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 buah negara yang menaiki sembilan kapal iaitu kapal Conscience dan Umm Saad .

Kesemua kapal tersebut dipintas tentera Zionis kelmarin ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza sekitar 10.50 pagi waktu Malaysia.

Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah Ketua Delegasi Malaysia Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil manakala seorang lagi doktor perubatan, iaitu Dr Maziah Muhammad berada di atas kapal Umm Saad.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading