Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERJANJIAN GENCATAN SENJATA GAZA BERKUAT KUASA KHAMIS

DUNIA

PERJANJIAN GENCATAN SENJATA GAZA BERKUAT KUASA KHAMIS

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah Palestin itu.

Sumber: ARKIB

ISTANBUL: Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Semenanjung Gaza pada Khamis selepas usaha pengantaraan yang berterusan dan intensif bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah Palestin itu.

“Perjanjian telah dicapai untuk melaksanakan gencatan senjata dan menamatkan konflik di Gaza selepas dua tahun penderitaan, selaras dengan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump,” kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan, lapor Anadolu Ajansi.

Penyiar awam Israel, KAN mengesahkan bahawa perjanjian gencatan senjata itu telah berkuat kuasa di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Channel 12 Israel yang memetik sumber di pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, melaporkan bahawa gencatan senjata itu “hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan kerajaan.”–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading