GAMBAR TULAR USTAZ ZEN: MOMEN TENANG, KHUSYUK BERDOA DI SISI JENAZAH TUN ABDULLAH
“Saya memang berhajat ke Masjid Negara kerana saya tahu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi itu datangnya daripada keturunan ulama, belajar agama dan pemimpin yang ‘faqqih fiddin’ (berpengetahuan mendalam mengenai agama Islam).”
KUALA LUMPUR: “Saya memang berhajat ke Masjid Negara kerana saya tahu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi itu datangnya daripada keturunan ulama, belajar agama dan pemimpin yang ‘faqqih fiddin’ (berpengetahuan mendalam mengenai agama Islam).”
Demikian kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Zen atau lebih mesra dipanggil Ustaz Zen, 67, yang menjadi perhatian ramai selepas gambarnya menadah tangan khusyuk berdoa di sisi jenazah perdana menteri kelima itu di Masjid Negara baru-baru ini, tular di media sosial.
Allahyarham Tun Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam pada Isnin. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.
Gambar yang merakamkan detik Ustaz Zen berdiri tenang dan berdoa berhampiran keranda yang dilitupi Jalur Gemilang itu dirakamkan oleh jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Azlim Mansor.
Imej berkenaan menjadi antara yang paling ikonik dalam majlis penghormatan terakhir kepada Allahyarham, sehingga ramai warga siber menyifatkan momen itu menggambarkan kasih dan penghargaan rakyat biasa terhadap pemimpin berjiwa sederhana.
Ustaz Zen berkata beliau sejak dahulu mengenali Tun Abdullah melalui bacaan biografinya yang berlatar belakang agama dan berketurunan keluarga ulama terkenal selain keperibadian Allahyarham yang sentiasa menjurus kepada Islam.
“Sepanjang hidup, saya tidak pernah bersalaman atau bertemu Pak Lah, tetapi saya sangat kagum dengan beliau. Saya melihat beliau sebagai seorang ‘faqqih fiddin’, sama seperti Khalifah Sulaiman Abdul Malik (zaman Kerajaan Umaiyah) dalam sejarah Islam.
“Sulaiman jika tidak menjadi khalifah (pemimpin) kepada Bani Umaiyah, mungkin beliau akan menjadi ulama besar. Begitu juga Pak Lah, jika tidak terlibat dalam politik, saya percaya beliau akan menjadi ulama dan mengajar agama seperti tok guru lain,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Flat Kelumpuk Serindit, AU3 Keramat di sini.
Beliau yang berasal dari Pulau Bawean, Jawa Timur, Indonesia, telah menetap di Malaysia lebih 30 tahun selepas berkahwin dengan wanita tempatan dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Selain menjadi imam di Surau Al-Hidayah berdekatan flatnya, Ustaz Zen yang memiliki tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran dan mengadakan kelas agama.
Berkongsi mengenai gambar yang memaparkan dirinya berada di bahagian hadapan berhampiran keranda Allahyarham, Ustaz Zen mengakui tidak menyangka akan berada di situ.
“Perancangan asal saya mahu ke Masjid Negara pada awal pagi, tetapi ada kekangan. Saya tiba hampir waktu Zuhur, seorang diri menaiki Grab. Ketika itu, kawasan agak lengang. Saya berniat mahu ambil berkat orang soleh dan berdoa di sisi Allahyarham.
“Tiba-tiba saya sudah berada di kawasan hadapan VIP (orang kenamaan), saya pun tidak pasti bagaimana, dan tiada siapa yang menghalang. Saya mohon maaf sekiranya tindakan saya itu salah. Saya hanya baca al-Fatihah, tiga surah qul (Surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas) dan berdoa,” katanya.
Sementara itu, jurugambar Bernama Muhammad Azlim berkata beliau berada di tingkat atas Masjid Negara ketika upacara penghormatan itu berlangsung, dan susuk lelaki berkopiah hitam, berbaju Melayu kuning cair serta berkain pelikat biru yang berdiri tenang berdoa menarik perhatiannya kerana satu-satunya individu berpakaian sedemikian di kawasan berkenaan.
“Saya nampak beliau seorang sahaja yang sampai ke depan keranda. Kawasan itu sepatutnya untuk VIP, tapi beliau macam tak disekat … mungkin petugas tak sedar. Tapi cara beliau berdiri dan berdoa itu sangat khusyuk, betul-betul terserlah dalam gambar,” katanya.
Muhammad Azlim yang telah lebih lima tahun bertugas di Bernama berkata beliau tidak menyangka gambar yang dirakamnya akan menjadi tular namun mengakui detik yang dirakam daripada lensa kameranya itu cukup kuat dari segi emosi dan simbolik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager