Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNRWA BERI AMARAN SITUASI KRITIKAL DI GAZA AKIBAT SEKATAN ISRAEL

DUNIA

UNRWA BERI AMARAN SITUASI KRITIKAL DI GAZA AKIBAT SEKATAN ISRAEL

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut menganggarkan hampir 420,000 penduduk sekali lagi hilang tempat tinggal sejak gencatan senjata Januari lalu gagal dipertahankan, dan mengulangi gesaan kepada gencatan senjata segera di Gaza.

ANKARA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat memberi amaran bahawa serangan berterusan Israel serta sekatan semakin memburukkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

“Situasi yang sedia genting kini semakin merosot akibat pengeboman serta sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial,” menurut kenyataan itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut menganggarkan hampir 420,000 penduduk sekali lagi hilang tempat tinggal sejak gencatan senjata Januari lalu gagal dipertahankan, dan mengulangi gesaan kepada gencatan senjata segera di Gaza.

Sejak 2 Mac, Israel menutup sepenuhnya lintasan sempadan Gaza, menyekat kemasukan bekalan penting walaupun terdapat pelbagai laporan kebuluran di wilayah yang musnah akibat perang itu.

Tentera Israel melancarkan semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada Januari. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading