Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMA HAFLAH FATIMA AL KHATTAB, TAMPILKAN QARIAH TERSOHOR MALAYSIA

DALAM NEGARA

GEMA HAFLAH FATIMA AL KHATTAB, TAMPILKAN QARIAH TERSOHOR MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Mengenang kisah keislaman Khalifah Umar Al-Khattab setelah mendengar alunan ayat al-Quran oleh adiknya, Fatima Al-Khattab, TV AlHijrah menyajikan rancangan Gema Haflah Fatima Al Khattab, jam 9 malam ini.

Ketegasan Umar telah dilembutkan selepas alunan surah Taha yang dialunkan adiknya, membuatkan sahabat Rasulullah SAW tersebut terbuka hati dalam menerima agama Islam.

Gema Haflah sebuah program yang membawakan bacaan ayat suci al-Quran dengan alunan tarannum yang pelbagai seperti Nahwan, Hijaz, Bayaati dan lain-lain.

Istimewanya Gema Haflah Fatima Al Khattab menampilkan barisan qariah yang hebat di Malaysia, dengan penampilan qariah-qariah yang pernah menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Barisan qariah yang ditampilkan di dalam Gema Haflah Fatima Al Khattab antaranya Sharifah Khasif Fadzilah (Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2009); Sofizah Mousin (Johan Qariah Majlis Tilawah Negeri Sabah 2013 dan 2015); dan Nor Ruzana Natiah Jaafar (Naib Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan JAKIM 2017 & 2018).

Qariah lain yang turut sertai iaitu Normalina Alias (Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017); Awatif Abd Majid (pemenang tempat ketiga Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2019); dan Nur Farhatul Fairuzah Panut (Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019).

Penonton boleh turut bersama dalam Gema Haflah Fatima Al Khattab bagi mendengar bait-bait alunan ayat suci Al-Quran di saluran TV AlHijrah.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. The Rohani

    16 March 2021 at 11:11 AM

    Program yang sangat menarik!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading