Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERSIH LONGKANG LEBUHRAYA, JUMPA TENGKORAK DAN RANGKA MANUSIA

DALAM NEGARA

BERSIH LONGKANG LEBUHRAYA, JUMPA TENGKORAK DAN RANGKA MANUSIA

Sumber Gambar: Sinar Harian

BATU PAHAT: Satu tengkorak dan rangka manusia ditemui oleh pekerja penyelenggaraan Lebuhraya Utara Selatan, arah Yong Peng-Pagoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah memaklumkan tengkorak dan rangka manusia berkenaan dipercayai milik pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Jun lalu.

PIhaknya menerima maklumat selepas pekerja tersebut menemukan rangka manusia semasa membersihkan longkang di lebuh raya.

“Mangsa dipercayai memandu kereta Hyundai Sonata sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke cerun berkenaan.

“Kedudukan kereta berkenaan agak terlindung di sebalik semak yang bercerun dengan jarak lebih kurang 67 meter dari lebuh raya,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik kereta Hyundai Sonata itu sudah dikenal pasti dan kini menunggu waris untuk membuat pengecaman identiti bagi membantu siasatan.

“Kami sedang menyiasat mengenai satu laporan polis orang hilang dibuat pada Jun tahun lalu yang mungkin ada kaitan dengan kemalangan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, tengkorak dan rangka manusia itu telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading