Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASUKAN KHAS MASKARGO URUS PROSES PENERIMAAN VAKSIN COVID-19

DALAM NEGARA

PASUKAN KHAS MASKARGO URUS PROSES PENERIMAAN VAKSIN COVID-19

PUTRAJAYA: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) menubuhkan satu pasukan khas, bagi menyelaraskan proses penerimaan vaksin COVID-19 ke Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi, Mohd Zulkefly Ujang berkata pasukan tersebut dianggotai 30 individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan vaksin dan telah ditubuhkan dua bulan lepas.

“Ketibaan vaksin COVID-19 pada Ahad ini akan diuruskan oleh pasukan berkenaan serta pada fasa-fasa seterusnya, mereka diberikan latihan secukupnya bagi mengendalikan vaksin,” katanya.

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd, yang dipertanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tambah Mohd Zulkefly, MASkargo telah diiktiraf dalam kepakaran menguruskan proses penerimaan pelbagai jenis vaksin di negara ini.

“Kita urus pelbagai vaksin di Malaysia, dan jika vaksin itu perlu disimpan dahulu di KLIA kita sediakan fasiliti,” katanya.

Malaysia bakal menerima sebanyak 312,390 dos vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada esok (Ahad) bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa, bermula 26 Februari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading