Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUCING BUNTING DIKERAT KAKI, MATI DISEKSA

DALAM NEGARA

KUCING BUNTING DIKERAT KAKI, MATI DISEKSA

KUALA LUMPUR: Susulan kes penemuan bangkai kucing bunting tanpa keempat-empat kaki akibat didera pada Jumaat lalu, polis membawa perkara tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya juga menerima laporan yang dibuat pemilik kucing tersebut pada hari yang sama.

“Semua kes melibatkan penganiayaan terhadap haiwan disiasat oleh jabatan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, kejadian tersebut tular di media sosial apabila pemilik kucing berkenaan mendakwa haiwan peliharaannya telah ditemui mati dalam sebuah kotak yang ditutup dengan kertas surat khabar.

Kucing tersebut dijumpai berhampiran kereta milik bapa saudaranya di Taman Harmoni, di sini.

Menurutnya, kucing tersebut sudah mati, serta kakinya mungkin dicabut serta dipatahkan oleh pelaku, dan dipercayai bukannya dikerat menggunakan peralatan tajam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading