GEMPA BUMI: MALAYSIA SUMBANG LEBIH US$2 JUTA UNTUK TURKIYE, SYRIA
Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih US$2 juta (lebih RM8.6 juta) kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara itu.
PUTRAJAYA: Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih US$2 juta (lebih RM8.6 juta) kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, beliau berkata Jemaah Menteri bersetuju menyediakan US$1 juta manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbang US$1 juta lagi bagi tujuan tersebut.
Dalam pada itu, katanya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga akan menyumbang RM10 juta yang sebahagian bantuan itu akan disalurkan ke Turkiye dan Syria.
Gempa bumi besar dengan magnitud 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut beribu nyawa di Turkiye dan Syria. Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua ke Turkiye malam ini untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.
Pasukan kedua di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan dianggotai 70 anggota daripada SMART serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
“Ini kerana pasukan pertama sangat berkesan, Turkiye memohon tambah anggota,” katanya.
Pada 6 Feb lepas, Malaysia menghantar pasukan SMART ke Turkiye bagi membantu misi SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas.
Anwar berkata Kementerian Pertahanan juga sedang mempersiapkan pasukan doktor dan paramedik dari Angkatan Tentera Malaysia untuk digerakkan ke Turkiye.
“Pasukan dari ATM ini bersedia untuk menggerakkan hospital medan ke Turkiye namun sedang menunggu pengesahan mengenai keperluannya oleh negara itu,” katanya.
Mengenai proses membantu mangsa di Syria, Anwar berkata sebarang proses sumbangan ke negara itu akan dilaksanakan melalui International Committee of The Red Cross (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah).
“Ini kerana ada masalah sekatan… konsul kita di Syria akan memastikan penyaluran dana dan pembelian perubatan disalur melalui Palang Merah,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager