Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI MASIH BERTALI PUSAT SELAMAT DALAM RUNTUHAN DI SYRIA

DUNIA

BAYI MASIH BERTALI PUSAT SELAMAT DALAM RUNTUHAN DI SYRIA

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui masih hidup dan berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi di Syria, awal pagi semalam.

JINDAYRIS: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui masih hidup dan berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan dalam kejadian gempa bumi di Syria, awal pagi semalam.

Bayi yang terperangkap di bawah timbunan bangunan runtuh itu dikeluarkan hidup-hidup manakala ibunya meninggal dunia.

Menurut Khalil al-Suwadi, bayi itu adalah satu-satunya keluarga terdekatnya yang terselamat, selebihnya yang lain terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Syria dan negara jiran Turkiye.

“Kami terdengar suara ketika sedang menggali (runtuhan bangunan).

“Kami segera membersihkan kotoran dan menemukan bayi perempuan dengan tali pusat masih melekat pada ibu dan kami memotongnya, kemudian sepupu saya membawanya ke hospital,” katanya seperti dilapor AFP.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki berlari keluar dari runtuhan bangunan sambil memegang bayi yang dipenuhi kotoran habuk.

Bayi itu kemudian dibawa untuk rawatan di bandar berhampiran, Afrin manakala ahli keluarga meneruskan pencarian selama beberapa jam lagi sebelum menemukan mayat bapa bayi itu, Abdullah, ibu Afraa, empat beradik serta seorang ibu saudara.

Terdahulu, lebih 8,000 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria dan angka kematian dijangka terus meningkat.

Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Türkiye pada Isnin meningkat kepada 5,894, menurut Naib Presiden Fuat Oktay pada Rabu.

Jumlah yang cedera akibat gempa bumi besar yang berpusat di wilayah Kahramanmaras itu seramai 34,810 mangsa.

Di Syria, 2,270 orang telah terbunuh berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan dan organisasi penyelamat White Helmets.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading