ANKARA: Pasukan penyelamat terus berusaha mencari lebih ramai mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan, meskipun harapan semakin tipis menjelang hari keempat tragedi gempa bumi kuat melanda Türkiye.
Angka kematian akibat bencana itu telah mencecah 17,134 di Türkiye, manakala 71,806 lagi cedera setakat Khamis, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye.
Jumlah mangsa terkorban dijangka terus meningkat apabila usaha pencarian selesai dijalankan di seluruh 10 wilayah.
Pakar menjangkakan bahawa peluang untuk menyelamatkan nyawa telah menurun secara mendadak selepas tempoh 72 jam tragedi, lapor Xinhua.
Namun, keajaiban menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dari bawah runtuhan melebihi tempoh 80 jam selepas kejadian itu dapat memberi sinar harapan.
Penyiar tempatan TRT sebelum ini menyiarkan usaha menyelamat seorang wanita berusia 60 tahun dikenali sebagai Meral Nakir dari runtuhan apartmen di Malatya pada Khamis.
Wanita yang cedera itu dikeluarkan dari runtuhan bangunan enam tingkat dengan bantuan anjing terlatih bernama “Kopuk”.
Anjing penyelamat baka Golden Retriever itu telah berkhidmat di lokasi yang sama selama dua hari dan berjaya mengesan enam mangsa setakat ini.
Sementara itu di Antakya, Hatay, anggota penyelamat China dan Turkiye berjaya menyelamatkan tiga wanita melalui operasi bersama pada Khamis, manakala dua lagi mayat mangsa turut ditemukan.
Parlimen Turkiye pada Khamis meluluskan pengisytiharan darurat selama tiga bulan di wilayah yang terjejas.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata langkah itu dibuat bagi mencegah perbuatan jahat seperti kejadian rompakan di kawasan berkenaan.
Beliau juga berkata kontena turut disediakan bagi mereka yang hilang tempat tinggal akibat gempa bumi, manakala bangunan kediaman tiga atau empat tingkat buat mangsa gempa bumi akan dibina dalam tempoh setahun.
Beliau juga berjanji untuk memperuntukkan 10,000 lira Turki (US$530) setiap seorang.
Dianggarkan sekitar 13.5 juta rakyatnya terjejas akibat gempa bumi itu.
Erdogan mengakui terdapat kelemahan dalam tindak balas segera pada hari pertama bencana berlaku.
Memandangkan ramai sukarelawan berpusu-pusu ke kawasan terjejas, jalan menuju ke lokasi kejadian sesak dipenuhi kenderaan yang membawa bekalan atau bantuan.
Kira-kira 6,479 kakitangan dari 56 negara telah tiba di Türkiye untuk menyokong usaha mencari dan menyelamat atau menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan, manakala pasukan penyelamat dari 19 lagi negara akan tiba di negara itu dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu Khamis.
Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter diikuti gempa susulan berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Turkiye dan negara jiran Syria, serta disifatkan bencana alam terburuk pernah dialami negara itu sejak beberapa dekad yang lalu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests