Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DOKTOR HOSPITAL KEMAMAN DITAHAN CABUL PESAKIT KANAK-KANAK PEREMPUAN

DALAM NEGARA

DOKTOR HOSPITAL KEMAMAN DITAHAN CABUL PESAKIT KANAK-KANAK PEREMPUAN

Pihak polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Seorang doktor perubatan di Hospital Kemaman ditahan polis Terengganu semalam selepas dipercayai mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Wad Kanak-Kanak di hospital tersebut.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.

“Mangsa memaklumkan bahawa suspek merupakan seorang doktor yang merawatnya, telah membuka baju dan meraba dada serta merakam gambar-gambar mangsa melalui telefon bimbit milik suspek. Kejadian berlaku di bilik rawatan wad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya pihak polis percaya terdapat ramai lagi mangsa kanak-kanak perempuan, berdasarkan penemuan awal terhadap beberapa gambar dalam telefon bimbit suspek.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan rakaman percakapan saksi lain akan diambil sebagai keterangan di dalam kes ini,” katanya.

Katanya suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading