Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIWP GERAKKAN KONVOI 23 KENDERAAN UNTUK BANTUAN BANJIR KE JOHOR

DALAM NEGARA

MAIWP GERAKKAN KONVOI 23 KENDERAAN UNTUK BANTUAN BANJIR KE JOHOR

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua kenderaan itu membawa peserta konvoi dan barangan sumbangan selain peruntukan RM1 juta oleh MAIWP yang akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tiga, kanan) melakukan gimik pelepasan konvoi kenderaan pada Program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Insani: Misi Bantuan kepada Mangsa Muhibah Banjir Negeri Johor di pekarangan Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. — fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menggerakkan 23 kenderaan bagi program konvoi MAIWP-Insani Misi Bantuan Banjir ke Johor, yang akan berlangsung hingga hari Ahad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua kenderaan itu membawa peserta konvoi dan barangan sumbangan selain peruntukan RM1 juta oleh MAIWP yang akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). 

“Selain itu 600 unit sumbangan barangan keperluan dan peralatan pembersihan yang berjumlah RM250,000 (turut dibawa),” katanya kepada pemberita sebelum pelepasan konvoi misi bantuan itu di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. 

Misi itu turut membawa sumbangan daripada syarikat MAIWP melibatkan 600 unit set peralatan persekolahan dan 1,000 unit barangan makanan dari Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 1,000 unit barangan sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dan 100 unit barangan sumbangan daripada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. 

Beliau berkata lokasi pertama penyerahan sumbangan ialah di Batu Pahat dan Kluang diikuti beberapa lagi lokasi yang terjejas banjir.

“Peserta misi konvoi juga akan membantu kerja-kerja pembersihan di beberapa rumah mangsa banjir selain (memberi bantuan) pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Pusrawi dan MAIWP Healthcare,” katanya. 

Mohd Na’im berkata misi itu merupakan kerjasama antara MAIWP dan Yayasan Ezy Prihatin bagi melancarkan misi bantuan berkenaan. 

Sementara itu, ditanya mengenai kerajaan Johor yang mengeluarkan fatwa umat Islam dilarang menyertai ritual agama lain, beliau berkata persoalan hukum dan agama Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.

“Dalam konteks sama ada orang Islam boleh sertai ritual melibatkan agama lain, itu memang dalam jawatankuasa fatwa negeri itu… dalam konteks negeri Johor tadi, maka sudah tentu kita menghormati kepakaran yang ada. Bila fatwa dikeluarkan, maka kita patuh,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading