Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LEMBAM LEMAS KETIKA MANDI DI SUNGAI KOMBAT

DALAM NEGARA

REMAJA LEMBAM LEMAS KETIKA MANDI DI SUNGAI KOMBAT

“Percubaan menyelamatkan mangsa menggunakan sebatang kayu tidak berjaya kerana kayu tersebut patah sebelum Muhammad Fakhrul tenggelam.”

Gambar hiasan

GUA MUSANG: Kegembiraan sekumpulan remaja lelaki bertukar tragedi apabila seorang rakan mereka yang juga remaja Orang Kurang Upaya (OKU) lembam lemas, ketika mandi di Sungai Kombat, Felda Perasu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Muhammad Fakhrul Imam Zulkepli, 16, bersama rakan-rakannya telah ke lokasi kejadian pada 4.30 petang.

“Kejadian berlaku apabila mangsa bersama rakannya Amir telah dihanyutkan ke tempat yang lebih dalam.

“Dua rakan lain berjaya menarik Amir naik ke tebing namun percubaan menyelamatkan mangsa menggunakan sebatang kayu tidak berjaya kerana kayu tersebut patah sebelum Muhammad Fakhrul tenggelam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sik berkata mangsa kemudiaan ditemukan timbul, namun tidak sedarkan diri.

“Mangsa diberi bantuan awal pernafasan (CPR) oleh rakan-rakannya tetapi gagal. Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Klinik Peras dan telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat lemas,” katanya.

Sik berkata berdasarkan siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi, tidak terdapat unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading