Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI: BAYI LAHIR DI BAWAH RUNTUHAN DIBERI NAMA AYA OLEH PETUGAS HOSPITAL DI SYRIA

DUNIA

GEMPA BUMI: BAYI LAHIR DI BAWAH RUNTUHAN DIBERI NAMA AYA OLEH PETUGAS HOSPITAL DI SYRIA

Petugas di Hospital Ceyhan menamakannya Aya dan mengesahkan bayi itu kini dalam keadaan sihat.

Sumber gambar: AFP

AFRIN: Seorang bayi yang ditemukan di bawah runtuhan akibat gempa bumi di Syria, dalam keadaan tali pusat masih melekat pada ibunya yang telah meninggal dunia telah diberikan nama Aya.

Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim, lapor Agensi Anadol. 

Bayi itu lahir pada pagi Isnin ketika ibunya terperangkap di bawah runtuhan selepas gempa bumi pertama melanda.

Bayi itu diselamatkan selepas lima jam misi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan Pertahanan Awam Syria. 

Terdapat kecederaan pada tubuh badan bayi itu.

Petugas di Hospital Ceyhan menamakannya Aya dan mengesahkan bayi itu kini dalam keadaan sihat.

Bayi itu juga kehilangan tiga adik beradik yang dalam bencana itu.

Di Syria, lebih 3,100 orang maut, menurut angka yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Syria dan pertahanan awam Syrian White Helmets.

Gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Turkiye itu turut menjejaskan negara jiran Syria. –AlHijrah Online

Video tular memaparkan Aya yang masih bertali pusat diselamatkan dar bawah runtuhan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading