PENGUMUMAN PELUANG JANA PENDAPATAN TAMBAHAN BAGI B40 DALAM MASA TERDEKAT – RAFIZI
Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara penting dalam masa terdekat, termasuk membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada lebih ramai golongan B40, sebagai alternatif supaya rakyat tidak perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara penting dalam masa terdekat, termasuk membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada lebih ramai golongan B40, sebagai alternatif supaya rakyat tidak perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada masa yang sama kerajaan juga mula melihat kepada dasar-dasar dan program-program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sedang berlangsung.
“Ini kerana kerajaan mesti ada kerangka dasar yang jelas untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang bagi memastikan kenaikan gaji itu tidak diserahkan semata-mata kepada pasaran, dan semua perkara-perkara ini berbentuk jangka masa sederhana dan panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas Sesi Kick-Off Dialog Strategik Yang Berhormat Menteri Ekonomi: Permerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat hari ini.
Menurutnya perkara ini menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia ada sedikit simpanan di hari tua nanti di mana tumpuan akan diberikan dari segi bantuan serta dasar yang melibatkan kos sara hidup dan pendapatan.
“Kita perlu berhati-hati dengan pengeluaran KWSP, walaupun saya faham untuk sesetengah keluarga itu dapat membantu buat masa sekarang, tetapi kos yang terpaksa dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian bagi membantu mengurangkan beban rakyat yang menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.
Sementara itu Rafizi berkata kesan kenaikan kos sara hidup juga dapat ditangani dengan lebih baik oleh isi rumah sekiranya program subsidi bersasar berjaya diberikan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukannya.
“Proses membuat keputusan untuk penentuan kelayakan secara menyeluruh sedang berjalan dan ini adalah satu keputusan yang paling besar dalam ekonomi negara.. kita mesti berkeupayaan menentukan pendapatan isi rumah dan bilangan isi rumah,” katanya.
Beliau berkata platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan ditambah baik dengan harapan menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan pasaran mesra perniagaan yang lebih kompetetif.
“Platform itu akan dipengerusikan oleh saya dan juga Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.