Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENUNTUT UNIVERSITI MAUT TERJATUH BANGUNAN ASRAMA

DALAM NEGARA

PENUNTUT UNIVERSITI MAUT TERJATUH BANGUNAN ASRAMA

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran disyaki akibat jatuh dari tempat tinggi

GEORGE TOWN: Seorang penuntut perempuan sebuah universiti maut selepas dipercayai terjatuh bangunan di blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut.

“Mayat penuntut perempuan itu pada 7.25 oleh petugas kebersihan universiti tersebut dalam keadaan terlentang di atas simen bawah blok asrama disyaki jatuh bangunan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran disyaki akibat jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading