Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEGAWAI KASTAM MAUT DIPERCAYAI DIBUNUH SUAMI

DALAM NEGARA

PEGAWAI KASTAM MAUT DIPERCAYAI DIBUNUH SUAMI

Seorang pegawai kastam ditemukan maut di Kuarters KLIA dan dipercayai dibunuh suaminya sebelum suspek menyerahkan diri di balai polis.

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.30 malam.

“Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Alzafny berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading