Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CARTA 114, PROGRAM HIBURAN ISLAMIK TV ALHIJRAH

DALAM NEGARA

CARTA 114, PROGRAM HIBURAN ISLAMIK TV ALHIJRAH

Stesen televisyen Islamik Malaysia, TV AlHijrah akan menampilkan sebuah program hiburan baharu yang menampilkan penggiat-penggiat seni nasyid dan lagu-lagu ketuhanan Malaysia iaitu Carta 114, Dakwah dalam Lagu.

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Islamik Malaysia, TV AlHijrah akan menerbitkan sebuah program hiburan baharu yang menampilkan penggiat-penggiat seni nasyid dan lagu-lagu ketuhanan Malaysia iaitu Carta 114, Dakwah dalam Lagu.

Program tersebut bakal menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 6.30 petang, bermula 11 Februari 2023.

Menurut Penerbit Carta 114 Norkamal Azhary Ahmad, program hiburan yang dapat mendidik jiwa penonton itu akan mengetengahkan karya-karya yang bermutu khususnya berunsur Islamik dan kerohanian.

“Carta 114 akan melibatkan penggiat seni dari generasi lama hingga kini, bagi menghargai serta mengangkat martabat penggiat-penggiat seni Islamik.

“Inisiatif ini dapat memberikan ruang kepada mereka bagi mempromosikan karya-karya mereka sekaligus dapat mewujudkan fenomena baru dalam industri muzik tanah air,” katanya.

Penonton TV AlHijrah boleh mengundi lagu-lagu yang tercalon di dalam Carta 114 menerusi ‘link’ dan kod QR yang akan dipaparkan dalam setiap episod yang bersiaran.

Undian tersebut akan dibuka bermula siaran episod Carta 114 dan akan ditutup pada Rabu —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading