Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS AHLI PARLIMEN JELEBU DATUK YUNUS RAHMAT MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BEKAS AHLI PARLIMEN JELEBU DATUK YUNUS RAHMAT MENINGGAL DUNIA

Berita pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang itu disahkan isterinya Datin Juriah Suleiman

SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Jelebu Datuk Yunus Rahmat, 68, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Berita pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang itu disahkan isterinya Datin Juriah Suleiman ketika dihubungi Bernama di sini.

“Saya tak sangka dia pergi, tadi kami nak pergi mesyuarat dan dia duduk di kerusi dalam pejabat mengadu sakit belakang, tetapi tiba-tiba dah tak sedar dan kami segera bawa beliau ke hospital. Doktor sahkan Datuk meninggal dunia.

“Sebelum ini, Allahyarham ada minta nama-nama keluarga yang dah meninggal dunia untuk buat kenduri tahlil…tak sangka dia pergi secepat ini, pada Jumaat,” katanya menambah jenazah Allahyarham masih berada di Kuantan dan akan dibawa ke Seremban untuk dikebumikan esok.

Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Jelebu mewakili Barisan Nasional dari 1995 hingga 1999 dan ADUN Klawang (2008 hingga 2018) selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dari 2008 hingga 2013.

Beliau kemudian mengumumkan menyertai Bersatu pada 2018. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading