BEKAS BANDUAN TIDAK SERIK, DITAHAN SEMULA KERANA MENYAMUN
Semakan mendapati suspek dibebaskan dari penjara Januari tahun lepas atas kesalahan samun dan dipercayai kembali aktif sebulan lepas dengan menyasarkan kedai serbaneka dan hasil samun digunakan suspek untuk membeli alat ganti motosikal.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menunjukkan sepucuk revolver angin yang dipercayai digunakan untuk jenayah samun kedai serbaneka ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkenaan kejayaan tangkapan kes jenayah samun dan curi kenderaan hari ini. –fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Seorang bekas banduan tidak serik apabila sekali lagi dicekup kerana menyamun empat kedai serbaneka dengan menggunakan pistol angin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berumur 30 tahun itu berpura-pura memasuki premis serbaneka sebelum menakutkan pekerja menggunakan pistol angin untuk menyamun.
Katanya, suspek berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 10 pagi, 3 Feb lepas dan turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR selain beberapa keping kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM milik individu lain.
“Turut dirampas sepucuk pistol angin jenis revolver yang dipercayai dibeli suspek secara dalam talian,” katanya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan mendapati suspek dibebaskan dari penjara Januari tahun lepas atas kesalahan samun dan dipercayai kembali aktif sebulan lepas dengan menyasarkan kedai serbaneka dan hasil samun digunakan suspek untuk membeli alat ganti motosikal.
Mohamad Fakhrudin berkata dengan penahanan suspek yang memiliki rekod jenayah dan dadah itu, polis berjaya menyelesaikan empat kes samun premis serbaneka di daerah berkenaan.
Katanya, polis akan memohon lanjutan reman ke atas suspek yang tamat hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.
Selain itu, Mohamad Fakhrudin berkata polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan di daerah Petaling Jaya dengan penahanan tiga lelaki warga tempatan awal bulan ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah menyasarkan kenderaan model lama untuk diserahkan kepada orang tengah sebelum dileraikan dan dijual sebagai alat ganti.
Menurut Mohamad Fakhrudin, penahanan pertama dilakukan pada 3 Feb lepas melibatkan dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 28 tahun di Hentian Duta, di sini sebelum menahan seorang lagi lelaki berumur 36 tahun dipercayai dalang sindiket di Puchong, sehari kemudian.
“Penahanan kesemua suspek membawa kepada rampasan sebuah kereta jenis Proton Wira dan van yang dilaporkan hilang,” katanya sambil menambah sindiket itu bergiat aktif sejak Disember tahun lepas.
Reman kesemua suspek tamat semalam dan mereka akan diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut dan polis giat mengesan seorang lagi suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked